Assalamualaikum and hi semuaaaa~
Hahhh, kali ni nak share pasal trip ke Tokyo, Jepun. Jangan risau, entri ni tak da sequel macam drama, just one shot entry yang straight to the point je, insyaAllah. Harap sapa2 yang tengah buat research untuk ke negara matahari terbit tu dapat la sikit input dari entry ni ye. And harap juga tak ada yang terkejut tetiba cik mira sorang ni terus gigih tulis blog selepas setahun tak update. Hahaha.
Sebenarnya plan nak ke Tokyo ni memang dah plan lama, dalam 10 bulan sebelum bertolak. Kebetulan time tu Air Asia ada buat promo kan, so student2 macam aku ni haruslah sibuk nak booking, padahal bila di kira2 balik, rate macam lebih kurang je kalau beli time biasa. Just kena pandai adjust date. Kalau nak murah, beli lah tiket pergi and balik weekdays. Contoh, sampai Tokyo hari Isnin, balik Selasa. Seminggu cukup je kat Tokyo tu.
Settle bab flight, then masuk part penginapan. This is my favorite research part! Hahaha. Aku memang hari2 duk menelaah airbnb tu, sebab suka dengan design2 guest house yang unik and cantik. So memang without doubt aku terus ja booking guest house dari airbnb. Dah lah murah, cantik, selesa, owner mesra alam, tempat strategik and semua lah. Btw, aku ambik more-to-hostel-guest-house. Tapi kalau kita ni perempuan aku rasa tak perlu risau sangat sebab traveller yang duduk kat hostel tu semua friendly and baik2. Boleh ja sembang2, share2 tips travel ke apa. Sapa yang nak tau lebih pasal airbnb bole la halo2 aku ok? Actually nak tengok guest house kat hostel world pun boleh. Ikut korang lah prefer yang mana, but make sure confirm date, total person, total night, total rate and double check guest house by read the reviews, ni paling penting. Reviews dorang bagi tu can be as guideline untuk kita imagine macam mana rumah tu nanti. Hari tu aku ambik guest house kat area Shinjuku. Memang strategik sangat, 5 minit je jalan kaki ke stesen keretapi and sangat2 dekat dengan tempat makan (ni paling penting bagi aku. makan!). Plus, kedai muslim banyak kat area Shinjuku. So aku memang suggest kalau nak pegi Tokyo, better stay area Shinjuku.
Hurm. Dah laa, nak skip part preparation ke Tokyo ni aci tak? Alaaa korang bukan nak baca sangat kan. Hehehe. Takpa, kalau ada sapa2 nak tau itinerary ke apa, bole emel aku (myra.arshad@gmail.com) or tinggal ja emel nanti aku bagi. Overal, tempat2 kat Tokyo ni memang sangat2 cantik, sangat2 bersih and orang2 kat sana teramatlah sopan. Ingat lagi first day sesat time nak cari guest house, tetiba je ada sorang orang jepun ni tegur "can i help you?" wowww~ mungkin time tu muka aku dah neves sebab sesat. Hahahaha. And ada satu lagi part bila aku nak naik train ke Tokyo Midtown, tapi tak sure nak naik train mana, ada sorang gadis jepun ni guide aku sampai kat platform kot. Padahal dia bukan nak naik train tu pun. Allah, baik hati sangat orang jepun ni. Rasa nak menangis terharu kat situ. Kekeke
View dari atas train. Cross sungai tu kot.
Eh ye ke sungai? Macam laut je. Huhu
Jetlag~ Letih tido kat airport. Hehehe. Time ni sejuk gigil2
Temperature time tu 0°C - 3°C
Ni station paling dekat dengan guest house aku. Kalau tak salah, second most crowded station. Kot?
Tapi memang ramai yakmat orang. Jenuh nak que masuk train. Huhuhu
Ni harajuku. Ala ala hipster town la.
Souvenir memang banyak tapi bagi aku kat sini mahai.
Jangan beli lagi kat sini. Ada tempat souvenir lagi murah tau!
The best halal kebab in town. Dekat Harajuku.
Kebetulan time pegi Meiji Shrine tu ada festival apa tah, so apa lagi. Posing sajaaa. Hiks
Ni mesti semua orang tau. Femes ni. Hichigo. Kat Shibuya.
Palinggg sibuk. Shibuya crossing. Tempat shooting Tokyo Drift.
Gigih duk cross jalan ni 4, 5x sebab nak tangkap gambaq. Hihi
Jalan2 Roppongi.
Famous giant spider maman
Day view Tokyo Tower
Night view Tokyo Tower.
Macam nak nangis tengok ni.
Terus perasaan Romantik tu mai. Hahaha
Wax museum Madame Tussaud
Hehehehe ☺
Ni terlupa nama lake apa. Tapi ada love2 kat sini. Cantik sgt!
Dulu kecik2 ingatkan Statue liberty ni kat NY ja. Huhuhu
Disneyland!!! Imma happy kids yeay!
Castle
Smallworld
Luas sangat dalam ni, harusla guna map ok. Hehehe
Lenguh kaki takya cakap. 10minit jalan, pancit!
Mickey && Minnie. Soooo adorable 😍
Goofy house~
Firework time closing
Dalam train heading to Disneysea
Tugu keramat Tokyo Disneysea.
Kebetulan ada org jepun comei ni.
Tangkap ja la gambaq. Hiks
Inspired Venice . Hihihi
Benda paling tak boleh lupa. Naik benda alah ni sampai muntah kot.
Tower of Terror. Memang boleh luruh jantung. Hahaha. Over. K.
Dumpling ice cream! Lepas lembik lutut main benda2 alah yang ada kat Disneysea ni elok la makan ice cream. Sedap ya tohann~
Best view @ Disneysea
Bagi aku, disneysea lagi best dari disneyland.
Ada magic show. Yeay!
Tersnap. Cantik kan? SubhanaAllah.
Closing parade dia pehhhh. Pawerrr
Siap ada water cannon. Allah! Memang time ni rasa macam takmau balik rumah kot.
Toyville night life dalam disneysea. Hehehe
Akihabara. Tempat barang elektrik & elektronik.
Btw, kat Tokyo ni ada jugak kedai2 bundle. Tapi kedai depa dahsyat!
5 tingkat ok, tu kedai bundle ja tau. Barang2 branded yang affordable pun ada. Cantik2.
Asakusa. Time ni dah bebai sebab tudung tak jadi, pakai instant ja. Haha
Beli la souvenir kat sini wei. Murah2. Kappabashi street, depan Asakusa shrine ja.
Terharu japanese tau cakap melayu. Terus borong kat kedai dia.
Hehehe. Soryy muka dah tak semegah mana. Penat kejar train. Kiki
Cari benda tersembunyi. Hiks.
Okay, sekian.
P/s: Aku p Tokyo ni gamble ja tau, takdak ikut mana2 agency. Just study sendiri pasal Tokyo, and redah. Pengalaman. Kalau ada orang nak tanya pasal bajet ka, itinerary ka apa, roger k. Hihihi
Warmest regards,
10 comments:
WOW... nanti bolehlah tanya awak bila nak pergi tokyo...patut lama tak nampak, pergi jalan2 rupanya...BTW, nice sharing. love the pictures
thanks mid! ;)
wahh seqonoqqqnya !! wish to go there xD bajet brpa ye ?
hi syafiqah, bajet termasuk tiket flight, penginapan, makan, shopping, tiket train and entrance fess dalam RM 3000/person, utk seminggu. hehehe
@Myra Arshad wow.. untuk seminggu tu.. terus saya bookmark entri ni.. teringin nak pergi sini tau.. tq for the story.. nk tny sikit.. apa je preparation ke sana selain cr tempat utk stay? hehe
Hi zizie! selain dari tmpt penginapan, kena check route train (timing & pricing train) sbb nti boleh bajet kalau dari tmpt awk tgl tu, then kena survey/beli tiket2 entrance online. mcm disneyland and disneysea better beli tiket online or sebelum sampai sana sbb nak jimat masa taknak que. hehe
bestttt nyeeeee
nak details itinerary pleaseee....
pergi honeymoon sesuai tak?
stargurlz89@gmail.com
Hi hiro! pegi laa jalan2 jugakkk. saving2 duit tuuu buat modal jalan bawak anak bini. kah!
Akak siti, saya dah emel ;)
Post a Comment