Home

Sunday, January 29, 2012

First Attempt Kek Lapis Sarawak.

Assalamualaikum and Hi readers ;)
Sepanjang cuti sem ni aku duk rumah je. Hari - hari masak. And today aku rasa macam teringin sangat nak buat kek lapis. So, pegi rumah ina(chef aku for today) mintak dia tolong ajarkan buat kek lapis. Personally i think menjadi la kot? Walaupun a-bit keras i guess. Takpa, first timer katakan. Hihi. I should be proud of myself :)

For those yang nak cuba. Try la. Ni ha, aku bagi resipi. Tapi ni kek lapis yang paling simple la. Takes almost 3 hours untuk siapkan. Hehe ;)

KEK LAPIS SARAWAK ; EVERGREEN

Bahan - bahan A :
10 biji telur ayam
3/4 gelas gula halus

Bahan - bahan B :
500g buttercup
2 bungkus santan krim
1 tin seri kaya (saiz = sedang)

Bahan - bahan C :
2 gelas tepung gandum
pewarna hijau (pandan paste)
2 botol ovelet (kecil)

Cara membuat :
1. Pukul bahan - bahan A sehingga kembang (make sure jadi gebu tau. hihi. then asingkan)
2. Pukul bahan - bahan B sehingga sebati.
3. Campurkan kedua - dua adunan dan masukkan bahan - bahan C. Gaul rata - rata.
4. Panaskan oven pada suhu 180.
5. Bakar lapisan pertama dengan 5 sudu adunan. Sampai nampak hitam sikit, keluarkan dari oven. Tekan - tekan supaya mampat, lepas tu buat lapisan kedua. Tapi kali ni buka api atas je. Bila dah nampak hitam sikit, sapu lapisan ketiga pulak. Sampai la habis. But make sure satu lapisan tu guna 5 sudu tau and jangan lupa tekan bagi mampat untuk setiap lapisan. Hehe.
6. Siap ! Senang je, ni kek lapis paling senang and sedap ;)

P/s : Aku buat 15 lapisan je kot kalau tak silap. Hehe. And setiap lapisan tu aku bakar selama 5 - 8 minit. Ita, nanti dah buat, roger aku tau. Hehe. Kalau ada sarawakian yang tengok page ni, heee. Sorry la kalau resipi ni lain sikit ke. Tapi kalau ikut apa yang aku buat siang tadi, haa. Guna resipi ni lah. Ina bagi (",)
P/s/s : Walaupun aku bukan orang sarawak, tapi gigih jugak nak buat. Errr. Ada udang sebalik batu mungkin? Tehee. Biar aku sorang je yang tahu. K bai readers ^_^

18 comments:

Itashinoda said...

myra guna gelas ke cwn =.="
byknya klo gelas.size gelas?

Myra Arshad (: said...

@ita : saiz gelas macam gelas coke mcd bagi free tu, just kecik sikit. rasanya air satu gelas tu dalam 270ml :)

Itashinoda said...

owh~ memang byk la sbb butter pon guna yg 500g punya. slalu dok buat kek butter yg 250g ja. btw thnkz nah! esk InsyaAllah aku baut. kena p cri bahan dlu :)

cik dila said...

nampak sedap laaa..
teringin jugak nak try, tp selalu tgk cara buat je dah complicated. haha..

syafiqakarim said...

buat utk pakwe letteww ;p
haha sedap sedap ye myra!
byk nye bahan.malas nak try.makan suka la ;p

Ym.Bundle [Blog.Sampah] said...

nak order bleh myra..terliur lak tengok..haha..

me suya said...

waaa rajin..kalau dah kahwin ni.. suami mesti syg punya~

zazaw said...

untung laaaaa
untung laaaaaaaaaaaa

AmalinaNashihin said...

Waaa, rajinnya!
Harini Nash nak cuba pula buat biskut panda hehe :D

Myra Arshad (: said...

@ita : cmna kek lapis hg? buat ke dak? hehe :)

Myra Arshad (: said...

@cikdilla : tryla kak. tk de nye complicated. biasa2 ja. hehe. belum cuba belum tahu. yer dop? :)

Myra Arshad (: said...

@syafiqakarim : acane nk buat utk pakwe? pakwe kite jauh laaa :( huhu. buat utk perut sniri je :p

Myra Arshad (: said...

@bundle : ni perli ke apa? huhu

Myra Arshad (: said...

@mesuya : hehe. harap2 cmtu ler. aminn ;)

Myra Arshad (: said...

@zaw : nak keee? haha xD

Myra Arshad (: said...

@nash : ada eh biskut panda? wahh. mcm mna tu? hehe

Cik Anita said...

gila kentang lah Myra buat kek lapis sarawak! Akak pun tak pernah buat kottt..hehehehe. leceh lah nak layer dia tu..

Myra Arshad (: said...

@cikanita : hew hew. rajin kannn adik kak sorang ni? hehe. nanti kalau mai perlis, mra buatkan :p