Home

Sunday, January 16, 2011

Surat untuk bakal Suami :)


Assalamualaikum.

Awak, saya tak tahu awak siapa tapi biarlah saya luah dekat sini okay ? Saya tahu awak ada di luar sana. Satu hari nanti, saya pasti. Awak mesti akan baca entri ni. Awak, awak buat apa sekarang? Jangan lah awak bermesra dengan perempuan lain pulak. Saya tak marah awak kawan tapi selagi awak tahu jaga batas, itu pun dah cukup. Jangan biar perempuan berharap dengan awak, kelak awak akan sakiti dia. Saya perempuan, saya tahu sakit macam mana berharap dekat someone yang kita cinta tapi tak berbalas :'(

Awak, kalau saya tahu awak siapa, tak perlu lah saya lawan perasaan gila gila untuk lupakan memori lama saya sebab saya yakin dengan awak, awak boleh bahagiakan saya. Awak tahu tak? saya rasa macam hati saya kena toreh saja bila saya fikir pasal kenangan lama saya. Saya tertanya-tanya kenapa saya dilakukan sebegini ? Apa saya sangat tidak baik kah waktu dulu ? Kenapa saya ? Apa saya tidak layak dicintai ?

Awak, awak lah tempat saya mengadu. Saya tahu ni tempat umum, tapi apa boleh buat. Saya cuma yakin awak ada di luar sana. Awak, saya tak nak awak rasa macam mana saya rasa jadi awak jagalah hati awak untuk orang lebih layak bagi awak. Awak nak bersuka ria ? Perlu kah sampai awak lukakan hati insan lain? Hurm. Awak, saya mohon jangan. Persiapkan lah diri untuk yang selayaknya.

Awak, kalau awak tahu apa yang saya rasa sekarang, mesti awak turut menangis. Awak, saya tak boleh henti menangis, tapi bila saya fikirkan pasal awak bakal suami saya, terus saya kuatkan diri saya. Awak saya terluka sangat, kenangan yang lepas masih menghimpit saya, kalau ia bahagia tak mengapa tapi ia menyakitkan saya. Kalau awak ada sekarang, mesti awak yang tenangkan saya kan? Saya rindu awak =.='

Awak, hati perempuan ni lembut dan rapuh sangat. Saya ni boleh tahan kuat cemburunya tapi bukan cemburu buta. Saya benarkan awak berkawan dengan sesiapa saja tetapi dengan cara yang betul. Saya tak minta awak perfect, dengan kekurangan dan kelebihan yang awak ada itu lah perfect bagi saya :)

Awak, kalau kita kahwin nantikan, tolonglah jangan beri sakit yang sama macam saya rasa sekarang pleaseeee. Permainan hati ni dasyat, hati kalau dah beku memang lagi susah. Awak, ada orang menanti saya, dia terluka dengan saya. Adakah dia itu awak? Awak, kalau dia itu awak, saya mohon maaf. Tiada niat, cuma saya perlukan masa untuk diri sendiri. Untuk pulihkan diri, hati saya.

Awak, kalau awak seorang insan yang belum saya kenal. Nahhh, awak mesti lagi faham kan apa yang saya rasa sekarang. Takkan awak nak biarkan saya rasa lagi macam sekarang? Kepercayaan, keikhlasan dan rasa hormat itu yang perlu ada dalam hubungan. Kita perlu sama sama jaga tiga perkara tu and agama paling wajib. Kita perlukan keberkatan. Nanti kalau awak baca entry ni mesti awak sedih sebab isteri awak tengah sedih, kan kan ? :')

Awak, would you do something for me? Please jaga hati awak. Jangan berpaling arah. Cintalah pada yang satu. Pleaseeee. Kalau awak yakin awak cintakan someone, please berpeganglah kepada keyakinan itu. Dalam agama juga mengajar kita untuk setia, setia kepada Allah. Praktikan semua itu dalam kehidupan. Walau awak sunyi atau bosan, bukan dengan caranya awak bermesra melampau dengan perempuan lain. Manner itu penting. Awak nak isteri awak baik, awak kena baik jugak ! Pleaseeeeee ;(

Awak, nanti ada masa saya tulis lagi untuk awak. Awak, kalau dengan awak, saya nak menangis sebab saya dapat rasa kebahagiaan. Itu yang saya nak pada satu masa nanti. Awak, pelihara hati dan agama awak. Jaga diri awak, jangan cemari diri awak. Baik atau jahat. Saya cintakan awak. Kuatlah sekarang untuk kebahagiaan akan datang sayang :)




Yang merindui,
Isterimu.

P/s : credit to ayien for the idea <3

39 comments:

fulas said...

nape lau pmpuan tu berharap die x bgtau...hurmmm...kn...wahhh bagus btul surat nie cik myra...

alisha said...

ehemm. bakal encik suami. baca surat nih . <--- knp mcm garang semacam ? =DD

fifie said...

myra...
aku touching bacanya...
huuarghh!

nak copy boleh tak ?
menarik laaa wei !
utk bakal suami :D

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

ouhh sis, so sweett!....nothing much to sayy, it'ss too touchingg!

Un Phat Lee said...

kire sekarang lu tengah sakit hati lah ni? haih..gi makan panadol cepat...nanti baik demamnya itu...

Myra Arshad (: said...

fulas : bukan pompuan tu tak nak bagitau. tapi takut kena reject :) btw, surat ni pun myra reblog balik :) tengs~

Myra Arshad (: said...

alisha a.k.a aina sayang : hehe. garang ke ? sis yg garang or kamu ? keke. alaa. insyallah nanti one fine day. sis tau, dia akan baca :) tak pun mmg dah baca. hehehehe =.='

Myra Arshad (: said...

fifie : aku pun touching kot. sweet kan ? hehe. aku suka. hm. nak copy ? sila sila :)

Myra Arshad (: said...

fifiey : whoa. glad to hear that. tengs follow my blog :) keep reading babe ! hev a nice day~

Myra Arshad (: said...

phat lee : part mana yang aku ckp aku demam nih? haha. lol =.='

MiszAscha said...

sweet. nk copy jugak bole..?? :)hehe

Myra Arshad (: said...

misz : hehe. bole la kot. sebab mra pun copy dari org. tapi dah kreditkan orang tu :))

MiszAscha said...

oke2. thnks.

Bijen M. said...

Pehh.
Dah jumpa calon suami.

ANATI SOKI said...

anati soki like this.. muahahahhahahah....

Myra Arshad (: said...

miszascha : hehe. welcome :)

Myra Arshad (: said...

bijan : belum jumpa la weh. hahaha

Myra Arshad (: said...

anat : myra arshad likesssss thiss :D

ayaa alyy said...

myraaa. its a perfect letter :)

Myra Arshad (: said...

ayaa : betul. swet kan. suka :)

fulas said...

alaa...kne la bgtau dlu...nk hrpkn laki mmg x ah...laki kn agak lmbab hal gni...hohohoho

ilyana said...

adik...so jiwa2 lah :) tp touching jgk kn...ppuan mmg sensetif especially dgn yg tersyang...

ilyana said...

adik...so jiwa2 lah :) tp touching jgk kn...ppuan mmg sensetif especially dgn yg tersyang...

padle said...

best ar surat ni..nk soh abang aku bace ar..

Myra Arshad (: said...

fulas : kalu nak pompuan approach dulu mmg tak dapat ah :D

Myra Arshad (: said...

kak yana : sedih :( hm. pinjam bahu. tak de orang nak pun kat sayeee~

Myra Arshad (: said...

padle : hahaha. ape hal abg ko plak ? =.='

epaa chenta said...

sweet nyeeee :)

Myra Arshad (: said...

epaa: btol btol. sukaaa sangat :)

Wan Gerrard said...

terbaik2..semoga happy selalu ^_^

Myra Arshad (: said...

tq gerrard :)

Anitadahahs said...

ouh syahdu surat ni T_T

Myra Arshad (: said...

anita : wuu. tangkap lentok :D

^fafau^chipshana said...

myra,akak baca dan terus pensann sbb terover speechless!=)

Myra Arshad (: said...

kak fafau : myra pun macam nak pengsan. hahaha

vampire's lovex said...

menarik lorhhhh..nak send surat gak la cmni hehehe :)

Myra Arshad (: said...

vampire : cepat2 anta :D

Anonymous said...

I have drop by :)

Myra Arshad (: said...

hey anon. did i know u? :)